Thursday, April 16, 2009

About This Blog

(Bendera Rasulullah)

Salam kepada Semua

Baru sahaja membuat blog dan agak kepeningan untuk setting dari designing ke posting. Dah 2 tahun tinggal Internet Programming, agak terkial-kial nak edit semula HTML dengan CSS. 

Masih tak tahu nak post apa lagi, tapi yang pastinya banyak artikel-artikel mengenai persilatan, teori-teori konspirasi dunia (Malaysia jugak, bab ni agak sensitif sedikit), Sistem Khilafah Islam (apa dia ni?), kesufian (sedikit sahaja sebab masih belajar), dan bagaimana keempat-empat perkara ini mempunyai pertalian dan hubungkait di antara satu sama lain serta hubungkait dengan 'future studies' dan hal-hal akhir zaman yang sememang kita sudah lalui secara sedar atau tidak dan hal-hal akhir zaman yang lebih besar yang bakal kita lalui.

Saya akan cuba bongkarkan Konspirasi Dunia (World Conspiracy) yang dikatakan dikawal oleh Ad-Dajjal dalam menguasai dunia. Penubuhan semula Daulah Khilafah kali kedua yang bakal dipimpin oleh Imam Muhammad Al-Mahdi. Serta bagaimana kedudukan ilmu silat dan ilmu kesufian di dalam perang akhir zaman?

Apa kaitan silat dan sufi dalam akhir zaman? Adakah dunia sekarang dikawal oleh seseorang yang bernama Ad-Dajjal? Adakah  pemimpin-pemimpin kuasa besar seperti USA, Russia, Germany, dan England mempercayai dengan kuasa mistik dan Ad-Dajjal disamping mencanang idea-idea sekularisme, liberalisme, dan sebagainya?

4 poin utama :
  1. Silat
  2. Tasawuf/Sufi
  3. Kebangkitan Semula Daulah Khilafah
  4. Konspirasi Dunia

Adakah anda sudah bersedia menghadapi masa hadapan? Adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi akhir zaman yang sememangnya anda sudah berada di zaman itu? Seperti kata Zizan, "Bersedia atau tidak, bolos sahaja dinding itu...".

Bersedia atau tidak, anda terpaksa menghadapi dinding yang menjadi sempadan antara dunia dan hari kiamat.

Artikel-artikel ini akan saya kumpulkan di sini agar sahabat-sahabat peka akan hal dunia dan tidak lena dibuai oleh tangan yang bakal membawa anda ke neraka Jahanam.