Thursday, April 16, 2009

About This Blog

(Bendera Rasulullah)

Salam kepada Semua

Baru sahaja membuat blog dan agak kepeningan untuk setting dari designing ke posting. Dah 2 tahun tinggal Internet Programming, agak terkial-kial nak edit semula HTML dengan CSS. 

Masih tak tahu nak post apa lagi, tapi yang pastinya banyak artikel-artikel mengenai persilatan, teori-teori konspirasi dunia (Malaysia jugak, bab ni agak sensitif sedikit), Sistem Khilafah Islam (apa dia ni?), kesufian (sedikit sahaja sebab masih belajar), dan bagaimana keempat-empat perkara ini mempunyai pertalian dan hubungkait di antara satu sama lain serta hubungkait dengan 'future studies' dan hal-hal akhir zaman yang sememang kita sudah lalui secara sedar atau tidak dan hal-hal akhir zaman yang lebih besar yang bakal kita lalui.

Saya akan cuba bongkarkan Konspirasi Dunia (World Conspiracy) yang dikatakan dikawal oleh Ad-Dajjal dalam menguasai dunia. Penubuhan semula Daulah Khilafah kali kedua yang bakal dipimpin oleh Imam Muhammad Al-Mahdi. Serta bagaimana kedudukan ilmu silat dan ilmu kesufian di dalam perang akhir zaman?

Apa kaitan silat dan sufi dalam akhir zaman? Adakah dunia sekarang dikawal oleh seseorang yang bernama Ad-Dajjal? Adakah  pemimpin-pemimpin kuasa besar seperti USA, Russia, Germany, dan England mempercayai dengan kuasa mistik dan Ad-Dajjal disamping mencanang idea-idea sekularisme, liberalisme, dan sebagainya?

4 poin utama :
  1. Silat
  2. Tasawuf/Sufi
  3. Kebangkitan Semula Daulah Khilafah
  4. Konspirasi Dunia

Adakah anda sudah bersedia menghadapi masa hadapan? Adakah anda sudah bersedia untuk menghadapi akhir zaman yang sememangnya anda sudah berada di zaman itu? Seperti kata Zizan, "Bersedia atau tidak, bolos sahaja dinding itu...".

Bersedia atau tidak, anda terpaksa menghadapi dinding yang menjadi sempadan antara dunia dan hari kiamat.

Artikel-artikel ini akan saya kumpulkan di sini agar sahabat-sahabat peka akan hal dunia dan tidak lena dibuai oleh tangan yang bakal membawa anda ke neraka Jahanam.

8 comments:

  1. Berani kerana benar takut kerana salah ... teruskan usaha menambah pendakwah di alam cyber

    ReplyDelete
  2. Salam saudara,

    Selamat menyahut seruan jihad. Sebarkan kebenaran kerana Allah SWT.

    Percubaan yang baik, teruskan memberi khidmat ikhlas ....insyaAllah akan dibri petunjuk.

    ReplyDelete
  3. perang akhir zaman nanti adalah terdiri daripada pejuang2 sufi yg mempunyai ilmu2 karomah,macam kita slalu tengok dalam2 movie..sebab peperangan ini adalah diantara para penyembah ALLAH dan para penyembah iblis..so musti kena pakai ilmu2 karomah,bukannya senjata2 canggih yg ada skrg atau seni2 silat yg melambak skrg...ilmu yg ada pada mereka itu adalah warisan dari nenek moyang mereka yg bersusur galur dari para nabi,Rasullullah..mereka tidak mempelajari ilmu itu dari manusia biasa..mereka adalah kekasih2 dan [para wali ALLAH..

    ReplyDelete
  4. http://www.mykhilafah.com..bukak lah lman nie

    ReplyDelete
  5. Salam ziarah semua, syabas dan teruskan usaha anda, semoga terus sukses.

    ReplyDelete
  6. umar,khalik al waliq,saidina ali,hamzah termasuk juga sahabat2 lain sebelum masuk islam sudah ada seni bela diri masing2 contohnya bermain pedang, menunggang kuda, memanah .....takkan nak harap karomah saja beb...hakikat mesti di sertai dengan syariat...bro...syariat mempelajari silat yang belambak tu...hakikat di berikan karomah bro...bukan diharapkan karomah...satu kurniaan...

    ReplyDelete
  7. Selendang merah pon power gak,,, masa tragedi 13 mei.. ramai pendekar2 gayong n selendang merah turunnnnn...

    Emm, kpada blogger ni, aku support kau.... chaiyok!!!!!!!! =)

    Semoga kau dapat pahala besar disisi Allah s.w.t. Aminnnnnn.........

    =)

    ReplyDelete
  8. mengapa tidak kita tubuhkan satu Gerakan yang dianggotai oleh pelbagai kemahiran dan pelbagai bangsa di seklruuh dunia yang beriman kepada Allah dan rasul-Nya???

    kita boleh mulakannya di sini...

    ReplyDelete